Untukmu sayangku... ku rela korbankan segalanya.. hatta jiwa dan raga sekalipun... kau lah cahaya dalam hidupku.. menyinari dan mewarnai hari-hariku... semoga membesar menjadi insan yang berbakti kepada ibu bapa....
Sabtu, 31 Mac 2012
Sayang ku....
Baby kecil mumy
terkejut juga mumy saat di maklum kan berat baby cuma 2.1kg.... kecilnya anak mumy... dan lebih menyedihkan lagi bila terpaksa di tahan di wad disebabkan kurangnya kandungan gula dalam darah...
Anak mumy saat bertarung dengan sakit kuning... kesiannya anak mumy. tuhan sahaja yang tahu betapa pilu dan sayunya hati mumy bila melihat anak mumy di cucuk jarum pagi petang.... hinggakan tangan baby yang mungil lebam n kebiru-biruan kesan daripada cucukan jarum....
Kehadiranmu satu rahmat buat mumy n dady.... biarpun terpaksa 6 hari bermalam di hospital... mumy n dady sabar menjagamu... sesungguhnya mumy n dady sayang sangat2 buah hati pengarang jantung mumy ni...
sekarang ni anak mumy dah besar.. dah nak masuk bulan ke 3.... gembiranya mumy.... doa mumy agar baby sentiasa sihat walafiat... menjadi anak yang solehah, taat kepada ibubapa.... bijak dan cerdik....
Permata hati mumy...
Si kecil ku sayang...
hadirmu membahagiakan mumy...
membuat2kan hhari2 yang mumy lalui tambah ceria...
syukur Ya Allah atas kurniaan Mu...
Kisah Pengantin Sederhana – Fatimah dan Ali
Ketika Nabi Muhammad menikahkan Fatimah dengan Ali bin Abi Talib, beliau mengundang Abu Bakar, Umar, dan Usamah untuk membawakan “persiapan” Fatimah. Mereka bertanya-tanya tentang persiapan yang dikatakan oleh Rasulullah untuk puteri kesayangannya itu. Kemudian, mereka mendapati bahawa persiapan tersebut hanyalah alat penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.
Apabila Abu Bakar mengetahui hal itu, dia menangis.“Wahai Rasulullah, apakah ini sahaja persiapan untuk Fatimah?” soalnya.
Nabi Muhammad pun menenangkannya lalu menjawab dengan lembut. “Wahai Abu Bakar, ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia.”
Fatimah yang menjadi pengantin pada hari itu, kemudian keluar daripada rumahnya dengan memakai pakaian yang cukup bagus, tetapi dengan 12 kesan tampalan pada pakaiannya.Tiada langsung solekan, apatah lagi perhiasan yang mahal.
Setelah Fatimah dan Ali dinikahkan, Fatimah senantiasa menggiling gandum dengan tangannya, membaca Al-Quran dengan lidahnya, menafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis dengan matanya.
Bagi Rasulullah, membuat majlis yang besar untuk pernikahan puterinya bukanlah satu masalah. Namun bagina, sebagai seorang yang menjadi model bagi umat manusia, “kemegahan” akan majlis pernikahan puterinya bukan ditunjukkan melalui sesuatu yang bersifat duniawi. Rasullullah cuma menunjukkan bahawa kemegahan melalui kesederhanaan dan sifat qanaah itu adalah kekayaan hakiki.
Rasululllah bersabda, “Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman, yang tercermin dalam sifat qanaah”.
Iman, kesederhanaan, dan qanaah adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan. Seseorang beriman, terserlah dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu terhasil dari sifatnya yang qanaah. Qanaah adalah sebuah sikap yang menerima ketentuan Allah dengan sabar; dan menarik diri dari kecintaan pada dunia.
Rasulullah bersabda, “Qanaah adalah harta yang tak akan hilang dan satu simpanan yang tak akan lenyap.”

Renungan pagi...
Ketahuilah, segala pemberian nikmat Allah kepada kita samada berupa suami,isteri,anak,hartabenda dan seumpamanya adalah merupakan ujian daripada Allah. Allah akan melihat adakah semuanya itu menyebabkan kita ingat pada-Nya atau tidak. Oleh itu kita kena jadikan segala nikmat itu sebagai jalan kita bersyukur kepada-nya.Orang yang benar di sisi Allah semakin diberi nikmat semakin ingat pada-Nya. Janganlah hati bergantung kepada nikmat itu tetapi bergantunglah pada Maha Pemberi nikmat itu... Allah SWT.
- Ustaz Mustaffa Kamal

Langgan:
Catatan (Atom)