Jumaat, 4 Mei 2012

Kek batik cun tip top

tiba2 teringin sangat nak makan kek batik... nak beli.. susah skrg ni nak dapat yg betul2 berkenan di tekak... fikir punya fikir... emmmm (setelah hampir 1 jam berfikir) aku decide nak buat sendiri je lah... hahahha...


actually aku selalu gak buat kek batik ni kalau tak silap start dari ting 5 lagi.. mula2 belajar dr kakak kepada bff... dia ni bab buat kek memang marvelos... sedap hingga menjilat jari... so time tu try2 lah minta resepi... kononnya nak try buat... alhamdulillah.. smpai skrg ni resepi tu still melekat kat kpala....


kek batik ni sengaja letak nama kek batik cun tip top... bukan apa... yg bestnya tiap kali buat.. x sampai 1 hari dah habis masuk mulut... ngeeee... bangga gak.. kira sedap lah tu kalau habis kan...  emmm... kali ni nak tulis entry pasal kek batik je lah.. siap letak lagi resepinya... 


Bahan-bahan:
350g  biskut marie (dipatah-patahkan)
370g  butter / mentega (kalau guna mentega rasanya agak masin sikit. so better guna butter je lah)
200g  coklat masakan
10      sudu penuh milo (tapi kat sini guna vico)
100g  serbuk koko 
1/2     susu pekat manis
3 biji telur
coklat hurai untuk hiasan (guna yg warna warni)


Cara penyediaan:
1) Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali biskut marie dan coklat hurai k.) ke dalam kuali.
2) Kacau dengan api yang perlahan. kacau sehingga mendidih (pastikan adunan sebati)
3) masukkan biskut marie yg telah dipatahkan. gaul sehingga sekata. tutup api
4) masukkan ke dalam bekas/ loyang yang telah di lapik dengan plastik.
5) taburkan coklat hurai di atasnya ikut suka
6) biarkan sejuk. masukkan ke dalam peti sejuk dalam 30 minit/ 1 jam.
7) potong kecil2 dan hidangkan....


senang ja an nak buatnya... hihii rasanya kalau my baby dah besar sikit nti kompom dia pun pandai buat kek batik.. ahakssss.. awalnya berangan... apa pun.. kek batik memang sedap n sesuai di makan untuk sarapan dan minum petang....

Selasa, 24 April 2012

Hiasan Sandwich Yang Comel-Comel



Hiasan Sandwich Yang Comel-Comel ini sesuai pada anak-anak yang liat hendak makan ikut waktu.Nak hias rasanya simple dan tak ambil masa sangat.Rekaan korang boleh tiru lagi bawah ni…jangan nanti lepas hias,tak sampai hati pulak nak makan..hehe sebab comel

Khamis, 19 April 2012

♥ ♥ ♥ ADAB BERSAHABAT ♥ ♥ ♥






Bersahabat mengeratkan tali silaturahim dan dituntut dalam Islam. Antara adab ketika menjalinkan persahabatan sesama kita ialah:

1. Bergaul dengan cara yang baik, jangan menyombong dan x mementingkan diri sendiri.

2. Selalu berterima kasih atas kebaikan sahabat dan berusaha untuk membalas kebaikannya.

3. Sekiranya berlaku salah faham, mintalah maaf dan bersedia memaafkannya.

4. Jauhilah pertengkaran, hasad dengki atau buruk sangka.

5. Menjaga nama baik serta maruah sahabat kita.

6. Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.

7. Cintailah sahabat kita kerana ALLAH SWT.

Selasa, 17 April 2012

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL



1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Isnin, 16 April 2012

Amalan Untuk Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri



MEMBACA SURAT ALI' IMRAN AYAT 31
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras

Ahad, 15 April 2012

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang