1. Bila sorang wanita
mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna
dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan
kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk
menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda
yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita
yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita
jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka
dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan
pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan
gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan
berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila
dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur
dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa
yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka
meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu
perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius
boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki
yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan
tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi
seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu
dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi
seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang
tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa
yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu
untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak
apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
awal.
19. Kalau kamu masih
tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar
kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di
sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan
sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada
di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja
sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang
tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki
yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling
cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan,
ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan
sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah
airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali
orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar
kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati
pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak
memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil
hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi
sepenuh jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan