Untukmu sayangku... ku rela korbankan segalanya.. hatta jiwa dan raga sekalipun... kau lah cahaya dalam hidupku.. menyinari dan mewarnai hari-hariku... semoga membesar menjadi insan yang berbakti kepada ibu bapa....
Selasa, 24 April 2012
Khamis, 19 April 2012
♥ ♥ ♥ ADAB BERSAHABAT ♥ ♥ ♥
Bersahabat mengeratkan tali silaturahim dan dituntut dalam Islam. Antara adab ketika menjalinkan persahabatan sesama kita ialah:
1. Bergaul dengan cara yang baik, jangan menyombong dan x mementingkan diri sendiri.
2. Selalu berterima kasih atas kebaikan sahabat dan berusaha untuk membalas kebaikannya.
3. Sekiranya berlaku salah faham, mintalah maaf dan bersedia memaafkannya.
4. Jauhilah pertengkaran, hasad dengki atau buruk sangka.
5. Menjaga nama baik serta maruah sahabat kita.
6. Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.
7. Cintailah sahabat kita kerana ALLAH SWT.
Selasa, 17 April 2012
AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL
1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Isnin, 16 April 2012
Amalan Untuk Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri
MEMBACA SURAT ALI' IMRAN AYAT 31
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.
MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)
MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras
Ahad, 15 April 2012
JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang
Jumaat, 13 April 2012
Bingka Keju
Bingka Keju Enak
Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir
Bahan B
250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
Cara2:
1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Sindrom Down, Disleksia, Kerencatan Mental)
Disiapkan oleh: Zuriahwati Mat Minin
Universiti Malaysia Sabah
1.0
Pendahuluan
Pendidikan
merupakan agenda utama pembangunan sesebuah negara dan sistem pendidikan yang
baik mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu, pendidikan yang khusus
dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga
perlu disediakan. Pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan
dirancang untuk kanak-kanak istemewa. Di Malaysia, pendidikan pemulihan khas
telah disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3m). Tanpa bantuan, mereka akan
gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman dalam
memasuki alam pekerjaan.
Bagi
mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan lebih awal terhadap bentuk
pendidikan pemulihan yang lebih berkesan amat diperlukan untuk membantu murid
yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara
yang berguna pada masa hadapan. Agensi yang terlibat dalam pembangunan warga
istemewa di Malaysia ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian
Sumber Manusia.(Jamila K.A Mohemed, 2005)
Murid
khas ataupun kanak-kanak yang istimewa merupakan sekumpulan murid yang kurang
upaya dan mengalami masalah pembelajaran. Mereka memerlukan pendidikan dan
perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri.
Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan
keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan memerlukan bahan-bahan
pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta kemudahan-kemudahan
yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986).
Pendidikan
khas juga merupakan pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid
(Akta Pendidikan, 1996). Sekolah khas pula ialah sekolah yang menyediakan
pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah Seksyen
41.
1.1 Latar
Belakang Kurikulum Pendidikan Khas
Falsafah pendidikan khas
ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima
seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan
Khas, 2005).
Visi
pendidikan khas ialah dengan memberikan pendidikan yang berkualiti bagi menjana
murid berkeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan manakala
misinya ialah dengan membangunkan modal insan yang cemerlang berasaskan empat
prinsip iaitu sistem pendidikan yang berkualiti, releven dan menyeluruh. Kedua,
perkembangan potensi diri ke tahap yang optimum, keupayaan berdaya saing dan
kebolehpasaran dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.
Objektif
pendidikan khas ini pula menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas
untuk murid-murid dengan keperluan khas, meyediakan pendidikan yang sesuai dan
relevan kepada setiap murid dengan keperluan asas, meyediakan peluang untuk
mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan
memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan
khas. Selain itu, objektif pendidikan khas juga adalah untuk menguasai
kemahiran asas 3m, meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan membina keyakinan
diri dan positif terhadap pembelajaran (Jabatan Pendidikan Khas, 2008).
Program
pendidikan khas dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah
pendengaran dan penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa
serta sekolah teknik dan vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar minimum
bagi keperluan pendidikan khas di sekolah rendah adalah selama enam tahun
manakala tempoh minimum sekolah menengah pendidikan khas selama lima tahun.
Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna
mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim Bin Talib, 2007). Oleh itu,
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan
pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Pendidikan Khas
bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas, ia juga perlu
diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila
K.A Mohamad, 2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru
untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid
itu. Tanpa pengetahuan juga menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan
kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai
malas, bodoh, degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman
yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru.
2.0 Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
2.1 Pengenalan
Menjadi impian dan hasrat
setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan
berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa
kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian
intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan
negara.
Penekanan
terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi-intitusi yang
menawarkan program-program pengayaan (enhancement programes) yang bertujuan
untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca, menulis, dan mengira
dari kecil lagi. Institusi-intitusi ini juga mengaturkan aktiviti-aktiviti atau
kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti-aktiviti
harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha-pengusaha tadika berlumba-lumba untuk
memberikan program pengayaan kepada anak-anak murid mereka dengan menggunakan
berbagai-bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh
meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh
meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.
2.2 Definisi
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
Menurut Smith (1996)
kanak-kanak yang ”specific difficulties” adalah mereka yang tidak
mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai
masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau lebih seperti membaca, menulis,
mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas terhadap
pengajaran yang normal.
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai
masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan
pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana
masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan
membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah
pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor,
kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau
ekonomi. (Individual with
Disabilities Education Act (IDEA), 1997 )
Selain itu, The
National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Rajah 1 : Kanak-kanak kurang memberikan
tumpuan terhadap pembelajaran
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah
pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan
oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah
matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan
mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
2.2.1 Masalah
Pembelajaran
Masalah pembelajaran diandai
sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana
selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi
perhatian atau tidak berminat. Selain itu, Mereka mungkin menunjukkan sikap
yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka
menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka
sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.
Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,
memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam
satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau
penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh
menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja
ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia
mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak
menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan
masalah tingkah laku dan emosi.
Antara masalah yang dikaitkan
dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah
bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif,
kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
2.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran
Menurut Clements (1966)
terdapat sepuluh ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang telah
dikenalpasti iaitu :
Ø Hiperaktif
Ø Perceptual impairment
Ø Emosi yang tidak stabil
Ø Disorder of attention
Ø Impulsivity
Ø Disorder of memory and
thinking
Ø Masalah pembelajaran yang
spesifik dalam membaca, menulis, mengeja dan mengira.
Ø Disorder of speech and
language
Ø
Equivocal neurological signs and electro encephalograhic
irregulation
Selain itu,
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri
kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.
2.3.1 Ciri Kognitif
Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam
pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau
pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.
2.3.2 Ciri Akademik
Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah
pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar
masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran
memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang
sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.
Selain membaca,
pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti
fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar
yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus
sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah kemahiran
menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang
pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz,
kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi
perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang
kompleks.
Secara umum,
pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah
berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun,
kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika
intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik
diperkenalkan.
Bidang terakhir
di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar
ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang
merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya
diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik
yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai
sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain
itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran
seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.
2.3.3 Ciri Sosial dan Emosi
Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah
pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik
mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang
lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya
dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan
mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang
lain secara berkesan.
Kemahiran
Sosial yang Lemah
Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah
didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak
kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari
kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui
kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya
pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan
rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya
yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
2.3.4 Motivasi
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk
belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan,
mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal
dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan
betapa lemahnya motivasi mereka.
2.3.5 Ciri Tingkah Laku
Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai
masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak
mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini
di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini
akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar
lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan
memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.
2.4 Klasifikasi Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran.
Kecacatan
seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak
teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi ,
disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku
di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di
sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang
masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya.
Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup
seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan
intelek dan perwatakannya.
Ibu
bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin
kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak
dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat
pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa
guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau
kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak
-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan
pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu
memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada
lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih
khusus.
2.5 Punca-punca
Masalah Pembelajaran
Mercer (1997) menyatakan
punca tentang berlakunya learning difficulties secara perubatannya berkaitan
dengan etiologies. Terdapat empat punca berlakukan learning
difficulties iaitu :
Ø Acquired Trauma (Prenatal,
Perinatal, Posnatal)
Ø Faktor Keturunan
(Genetic/Hereditary Influence)
Ø Faktor persekitaran
Ø Biochemical
Abnormalities
Selain
itu, punca-punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh
dibahagikan kepada dua kategori :
2.5.1. Punca
Biologi
Punca biologi merangkumi
faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat
saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia), lembam lapisan otak
(meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf
(neurologi dysfunction).
Pakar
kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi
dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya
masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti
sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap
hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan
bahan-bahan tersebut.
2.5.2 Punca
Psikososial
Punca psikologi sering
mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang
rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan
kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, unsur biologi
berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan
pendekatan yang berasingan.
Satu
kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca
kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas
pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn
kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang
dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran
anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta
lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Ada
juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai
bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran
membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan
(perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri
sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan
berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan
sebayanya.
Ada
satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya.
Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada
perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya
disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran
akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh
menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki
pendengarannya.
Ada
pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas.
Akibatnya, pretasi akademiknya merosot. Kanak-kanak yang terencat akal mundur
dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian,
perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah
lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak
berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan
kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama
ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian
atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia
lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam
darjah satu.
Kita
perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran
dengan kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama.
Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah
pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan
yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak
itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
Pelbagai corak difungsi perkembangan
ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamanya,
seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh
bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan
membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh
itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian
kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih
tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan
komputer dan lukisan.
Kanak-kanak
yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia
mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan
lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan
membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran
kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
2.6 Penilaian
ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Pakar
yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu
mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap
kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi
yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak ,
penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu
menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang
terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar
kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang
boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak
mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan
perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak
-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar
mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu
bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan
panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu
melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya
penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan
pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan
jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika
disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan.
penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya
pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit ,
doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
Kini,
bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak-kanak
yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur-unsur disfungsi
perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini
perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang
terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan
membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi
pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara
rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan
yang lain.
Kanak
-kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering
tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh
-puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia
perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan
perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu
dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ).
Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara
utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang
kali supaya mudah diingat.
2.7 Masalah
Membaca
Kadang
kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang
dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca ,
tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu
perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya
dia dapat memahami apa yang dibacanya.
Ada
beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh
membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh
suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada
siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya.
Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat
manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang
berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu
sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau
menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak
-kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku
juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan
gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong.
Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya
sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan
kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada
dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami
apa yang dibacanya (reading comprehension). Keupayaan membaca dikalangan
kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama
ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang
mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga
enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin
lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan.
Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua
atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna
setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima
keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya.
Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku
tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan
ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang
lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah
memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku
tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan
untuk memahami apa yang dibaca.
Lazimnya, kanak-kanak yang
berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang
dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun
denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan
akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak
yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami
masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang
dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut
terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak
-kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku
yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan
yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya
baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk
mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang
dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca
secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang
hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham
apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu
perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan.
Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana
terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula
dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh
kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan
si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain
dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan
dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya
, peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta
motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh
orang sekelilingnya.
2.8 Kanak-kanak
Lembam (Slow Leaner)
Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti
pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam
pendidikan. Walubagaimanapun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang
jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal
dengan kanak-kanak lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya
selepas mereka memasuki alam persekolahan pemasalahan mereka dapat
dikesan.
Menurut
Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu
pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga
mempunyai masalah dalam memberi perhatian,mengumpul atau memproses maklumat
yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah
hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan
tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran
matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang
digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.
Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat,
sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai
masalah sosial-emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu
rakan-rakan.
3.0 Kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran (Disleksia)
3.1 Pengenalan
Perkataan disleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu
‘dys’ yang bermaksud kesukaran dan ‘lexia’ yang bermaksud perkataan. Maka ini
memberi maksud ‘kesukaran dengan perkataan bertulis’. Disleksia didefinasikan
ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat
kesukaran mentafsir kod ayat.
Kanak-kanak
disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan
Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual
melibatkan deria penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia
visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran iaitu:
1. Disleksia
visual
Disleksia visual berkaitan dengan
masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak
itu dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat
ataupun mengintepretasi serta mengingatinya.
2. Disleksia
auditori
Disleksia auditori berkaitan dengan
masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak
itu dapat mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan
bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyi
bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
3. Disleksia
visual-auditori
Kanak-kanak
dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana kedua-dua deria
penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya mengintepretasi apa yang
dilihat dan didengar (Jamila 2005).
Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran
dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa
bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga
mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan
juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
3.2 Ciri-ciri
Kanak-kanak Disleksia
Semasa membaca pula, mereka sering berpura-pura membaca dan
menunjukkan teks semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti
di bawah;
·
Keliru kedudukan
perkataan
·
Pembalikan perkataan
·
Keliru b.inggeris
dengan b.melayu
·
Penambahan huruf
·
Kependekan perkataan
·
Pembalikan huruf
dalam perkataan
Drake (1989) menyatakan
bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran
belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar
membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat
(kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat
setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad
(pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran
seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang
baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali
ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi
mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Selain itu, Rosana (1998)
menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:-
kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan
berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa
pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya,
faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat
dalam bacaan dan tidak terancang.
3.3 Masalah Bahasa
yang di hadapi Kanak-kanak Disleksia
Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam
tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk
manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan
keberkesanan komunikasi seseorang.
The National Information Center for Children
and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa
sebagai;
“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami
dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,
sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa
yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak
upaya mengikut arahan.”
The American Speech-Language-Hearing
Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa
yang lebih perinci seperti berikut;
“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan
pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa (sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa (sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam
komunikasi (sistem pragmatik).”
3.3.1 Bentuk bahasa
- Fonologi adalah sistem
bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi.
- Morfologi adalah
peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan
perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).
- Sintaksis adalah
peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan
perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam
lingkungan ayat tersebut.
3.3.2 Kandungan Bahasa
Semantik adalah sistem psikolinguistik yang
mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat.
3.3.3 Fungsi Bahasa
Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang
mencorak penggunaan bahasa
dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan. Berdasarkan definisi masalah bahasa diatas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:
dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan. Berdasarkan definisi masalah bahasa diatas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:
i)
Fonologi
Kanak-kanak dengan
masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka
kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk
“mama”, “blink” untuk “drink”
ii)
Morfologi
Kecelaruan yang
melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur
ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).
iii)
Sintaksis
Masalah yang
berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh
memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
iv)
Semantik
Masalah semantik dapat
dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna
perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan.
v)
Pragmatik
Masalah berkaitan
pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan
bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.
3.3.4
Punca
Masalah Bahasa
Antara
punca masalah bahasa adalah:
i)
Kelewatan
Bahasa
Ada kanak-kanak yang
memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan
dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat
juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi
awal untuk membantunya.
ii)
Aphasia
Aphasia merujuk
kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau
memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa
(Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi
kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau
ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat
daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.
iii)
Gangguan
proses auditori pusat (Central auditory processing disorders/CAPD).
Semasa berkomunikasi,
telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan
menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah
pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah
maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.
Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya
menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih
tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang
tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai
serta melahirkan bahasa pelahiran.
Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak
masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut:
- Mengingat kembali perkataan
- Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
- Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
- Menggunakan ayat yang betul dan lengkap
- Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
- Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
- Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
·
Mempelbagaikan
gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza.
4.0 Kanak-kanak Sindrom Down
4.1 Pengenalan
Sindrom
Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan
kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan
kromosom ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat
daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan
perturuan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down
mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.
Selain itu, kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang
terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan
genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan
jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom
21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom
21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom.
Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
4.2
Ciri-ciri Kanak-kanak Sindrom Down
Kanak-kanak
ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya :
·
Mulut
sentiasa terbuka atau tidak tertutp rapat.
·
Lidah
yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung
untuk terjelir.
·
Mata
sentiasa berair dan merah serta terdapat lapisan kulit dalam mata.
·
Mata
sepet dan merah.
·
Bebadan
gempal dan pendek serta yang agak bongkok.
·
Suka
bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
·
Kepala
lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala rata.
·
Mulut
kelihatan kecil dan bibir nipis.
·
Bentuk
leher lebih pendek
·
Kaki
dan tanggan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek.
Rajah2:
Kanak-kanak sindrom Down
Mereka
juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan
usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meningal dunia sebaik sahaja
memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini
dengan kemajuan perubatan mereka bole menjalani kehidupan yang sihat seperti
individu normal. Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan
fizikal muka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar
untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya
meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibubapa dan penjaga
mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
4.3 Membantu kanak-kanak Sindrom Down
bertutur
Kebanyakan
kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal.
Antara langkah perlu diambil:
- Adakan kegiatan atau
permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
- Cuba dapatkan perhatian
sebelum bercakap dengan mereka.
- Jangan terlalu banyak
bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
- Guna ayat pendek dan
bahasa mudah difahami.
- Sambil bertutur, buat
aksi atau lakonan.
- Latihan berterusan.
- Pilih masa sesuai,
terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
- Tumpu kepada satu
perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan
baru.
- Guna setiap peluang,
berinteraksi dengan mereka.
- Selalu beri
tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Cara terbaik
kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak. Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong. Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak. Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong. Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
4.4 Kaedah
Intervensi untuk Kanak-kanak Sindrom Down
Pelbagai kaedah intrvensi awal yang
boleh diikiuti kanak-kanak yang mengalami sindrom down untuk meningkatkan
potensi dan kefungsian mereka. Yang pertama terapi pertuturan. Lazimnya alat artikulasi
kanak-kanak sindrom down perlu dipastikan tidak mempunyai masalah untuk
menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan secara
berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kanak-kanak tersebut. Mereka akan
diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan
bahasa yang menarik. Guru pula perlu menarik perhatian kanak-kanak Sindrom Down
sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya.
Dalam aktiviti pengajaran pula, guru
perlu sentiasa menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal ini
penting untuk meransang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan
melalui aksi dan lakonan juga boleh membantu mengotimumkan proses pembelajaran.
Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan
bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif.
Guru juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya
murid diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. Peluang untuk
berinteraksi dengan kanak-kanak Sindrom Down iuga perlu diaplikasikan dengan
memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka.
Selain itu, terapi cara kerja
merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom Down.
Kaedah ini digunakan dengan melatih
kanak-kanak ini dari segi kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan
sebagainya. Kanak-kanak ini diajar cara-cara untuk makan, minum, melompat, belari,
berjalan, mengesot, mengiring, memakai pakaian, meniarap, menyanyi, menari dan
sebagainya. Latihan pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza.
Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti penggunanan bola untuk melihat kemahiran
mereka dalam membaling dan menangkap bola, bersukan, dan sebagainya. Pergerakan
motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan alatan yanag halus dan kecil
seperti memasukkan benang ke dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan
kraftangan, melukis lukisan yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan
sebaginya.
5.0 Kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran (Kerencatan Mental)
5.1 Pengenalan
Masalah terencat akal menjadi satu
isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami masalah ini lambat
menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu terencat akal boleh
dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran. Faktor baka banyak
mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding dengan faktor
persekitaran. Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan
terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan
kemahiran sosial yang amat terhad.
Evans
(1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat
belajar secepat orang normal: tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang
normal dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang
diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan
Mental Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai :
“Subsequently
subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficit
in adaptive behavior and manifested during the development mental period that
adversely affects a child’s educational performance”.
5.2
Ciri-ciri Kanak-kanak Kerencatan
Mental
Menurut
Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal ialah:
5.2.1 Ciri kognitif
a) Ingatan
Kanak-kanak terencat akal mempunyai
masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang septutnya dilakukan atau
lupa perkara baru yang dipelajari.
b) Generalisasi
Kanak-kanak terencat akal manghadapi
masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku dan interaksi sosial.
c) Metakognisi
Sekiranya menghadapi sesuatu masalah
dalam rutin harian, mereka sukar menyelesaikannya
d) Motivasi
Mereka mengalami masalah yang rendah
seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah putus asa.
e) Bahasa
Kebanyakannya lewat dalam
perkembangan bahasa seperti mangambil masa yang lama untuk memahami konsep
mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebaginya. Perolehan bahasa mereka kurang
tepat daripada segi struktur dan kandungan.
5.2.2 Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran
kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan
banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain.
5.2.3 Ciri sosial
Kebiasannya mereka kurang diterima
oleh rakan sebaya menyebabkan mereka berkelakukan tidak matang, tidak dapat
menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan mempunyai masalah menguasai kiu-kiu
sosial halus sehingga aksi-aksi mereka sering disalah tafsir oleh murid-murid
lain.
5.2.4 Ciri tingkah laku tamabahan
Terdapat sesetengah kanak-kanak
terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang khusus seperti mahukan
ganjaran tertentu, menarik rambut, mengigit atau tabiat suka mencederakan diri.
Selain
itu, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak
normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau
bagaimanapun terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini
lambat menguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah
memantau perkembangan motor halus mereka. Kanak-kanak ini
sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara bersendirian.
Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari
bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Paras
rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk
ke sekolah biasa.
Kanak-kanak ini sering mempamerkan
kepayahan untuk memberi tumpuan atau fokus kepada proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat
kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan tingkah laku yang
sering mengganggu rakan. Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka
kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang
dan mempunyai masalah dalam menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka
kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah
menarik rambut, menggigit kuku, tabiat suka mencederakan diri dan meminta
ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan sesuatu
yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila 2005).
Kurikulum
di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi
kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di
sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ
kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak
bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai
kemahiran akademik seperti kemahiran voksional sosial untuk membantu menjadikan mereka sebagai individu
yang produktif.
5.3 Punca Kerencatan Mental
Persatuan
Kerencatan Mental Amerika (AAMR) telah mengklasifikasi sebab-sebabkerencatan
akal kepada tiga kategori umum iaitu
Pranatal (berlaku sebelum kelahiranbayi), Perinatal (berlaku semasa kelahiran
bayi) dan Posnatal (berlaku selepaskelahiran bayi).
Prenatal
(sebelum kelahiran bayi)
(a)
Sindrom Down (Down Syndrome)Disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom 1
yang sepatutnya hanyasepasang tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini
menyebabkan kerencatan mentalsederhana tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan
teruk. Dianggarkan 1dariapada 1000 kelahiran bayi mengkin menhadapi sindrom
down dan angka inimeningkat kepada 1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada
umur 45 tahun.
(b)
Sindrom Alkohol Janin (Fetal Alcohol Syndrome)Ibu yang hamil apabila meminum
alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayiterencat akal dan juga kerosakkan
otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibumungkin disalurkan kepada janin.
Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalamigangguan tidur, lebih agresif
dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini
adalah kecil berbanding dengan kanak-kanaknormal dan keadaan ini berterusan
sepanjang hayat.
(c)
Sindrom Prader-Willi (Prader-Willi Syndrome)Sindrom ini wujud kerana
kemusnahan sebahagian kromosom ke-15. Merekamempunyai selera makan yang tidak
terhad sehingga ramai di antara mereka menjadi obesiti atau gemuk. Selera
makanan yang tidak terkawal menyebabkanpelbagai masalah pembelajaran. Mereka
mempunyai tangan serta kaki yang kecildan mereka adalah lebih pendek berbanding
dengan kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah dan
bertindak tergesa-gesa serta keinginanmencederakan diri sendiri.
(d)
MikrorganismaTerdapat juga pelbagai jenis mikrorganisma yang mengancam
perkembangan janindan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan
akal. Contohnya,ibu yang hamil yang menghadapi penyakit seperti rubella dan
syphilisberkemungkinan tinggi untuk melahirkan bayi terencat akal.
(e)
KemiskinanIbu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang
kurangsihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung. Kekurangan
vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkankelahiran bayi
kerencatan mental
Perinatal
(Semasa kelahiran Bayi)
(a)
Pramatang (premature): Bayi yang dilahrikan dalam keadaan tidak cukup
matangatau berat yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi
untukmengalami kerencatan mental. Usia kandungan adalah penting kerana ia
akanmenentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Antarapunca
kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, penggunaandadah
dan merokok.
(b)
Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang berjangkit melalui
hubunganseks. Ibu yang menghidap herpes simplex berkemungkinan tinggi
melahirkan bayikerencatan mental.
(c)
Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang
bayisehingga menyebabkannya kerencatan mental.
Posnatal
(Selepas Kelahiran Bayi)
I.
PenyakitEncephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika
tidak dirawatboleh menyebabkan kerencatan akal. Virus ini dibawa oleh nyamuk
dan haiwan yangmenghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria
yang menyerang tisuotak dan tulang belakang. Jika tidak dirawat dengan segera,
kerencata akal mungkinberlaku.
II.
PersekitaranKanak-kanak yang terdedahkan kepada logam berat seperti pelambum
dan merkurimelalui makanan atau melalui pernafasan menghadapi pelbagai masalah
pembelajarandan masalah emosi dan sebahagian mengalami kerencatan mental.
Contohnya,keracunan pelambum berpunca daripada sesetengah cat rumah, paip air
dan petrol.
6.0 Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku
Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang
serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri seperti bertingkahlaku ganas
mahu pun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan
keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut.
6.1 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah
tingkahlaku
Antara kriteria-kriteria untuk mengenal pasti
kanak-kanak bermasalah tingkahlaku adalah:
i. Ketidakbolehan dan ketidakupayaan pelajar
yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor deria (sensori),
kesihatan dan intelek.
ii.
Suasana
yang kurang gembira dan penuh dengan kerisauan.
iii.
Tingkahlaku dan perasaan yang kurang sesuai dalam keadaan normal.
iii. Sering
menunjukkan gejalagejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan
masalah peribadi dan sekolah.
iv. Ketidakbolehan membina atau mengekalkan
perhubungan dengan orang lain ‘interpersonal relationships’ seperti dengan
rakan sebaya, guru dan lain-lain.
v. Keadaan ini termasuk kanak-kanak
Schizophrenic yang tidak mengenal realiti dan masalah sosial akibat gangguan
emosi yang teruk.
Rajah 3 : Kecelaruan Tingkahlaku
Faktor-faktor
yang perlu diambil kira semasa menilai sama ada tingkahlaku itu normal atau
tidak normal termasuk:
·
kekerapan
berlakunya tingkahlaku
·
kekuatan
(untensity)
·
tempoh
(duration)
·
kesesuaian
dengan umur (age appropriateness)
Faktor-faktor
penyebab berlakunya masalah tingkahlaku:
i.
Faktor
Biologi: Genetik ialah unit-unit baka yang diwarisi
oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ia terkandung dalam kromosom sel manusia yang
terdapat kuman mengandungi gen. Kerosakan gen ini akan membawa kepada masalah
jiwa. Terdapat juga hormon dalam badan manusia iaitu adrenalina dan noradrelin
yang boleh menyebabkan manusia sentiasa tegang dan tertekan.
ii.
Faktor
Psikodinamik : Masalah berlaku disebabkan konflik dalaman
diri yang wujud dalam bentuk tidak disedari seperti proses represi dan ingatan
memilukan. Akibatnya berlaku tingkah laku seperti histeria, kesedihan,
kerisauan dan kemurungan.
iii.
Faktor
Pembelajaran : hasil dari pembelajaran yang tidak sesuai
sama ada secara langsung atau tidak langsung akan menyebabkan fobia dan
kemurungan.
6.2 Klasifikasi Masalah Tingkahlaku
Menurut DSMIV (Dragnostik + Statistikal
Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association) masalah
tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkahlaku, kriteria
membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan
psikologis. Manakala menurut menurut Kerr & Nelson, masalah tingkahlaku
dilihat sebagai:
i. Tingkahlaku yang mengganggui (Disruptive
Behavior) iaitu tingkahlaku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya
“out–of–seat”, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu
bapa.
ii. Tingkahlaku yang tidak sesuai dari segi
sosial dan tingkahlaku kurang matang. Misalnya sering menangis, “tantrums”,
terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak faham apakah tingkahlaku
yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti
bercakap dengan kawan-kawan.
iii. Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal)
iaitu individu yang terlalu segan dan takut melibatkan diri dalam situasi
sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada bermain atau berkomunikasi
dengan kanak-kanak lain.
iv. Tingkahlaku yang berulangan (stereo type
beheviour) iaitu sesetengah kanak-kanak misalnya kanak-kanak autistik atau buta
sering menunjukkan tingkahlaku seperti gerakan tangan dari depan mata “rocking”
dan lainlain.
v. Tingkahlaku yang agresif iaitu tingkahlaku di
mana seseorang kanak-kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakkan harta
benda.
Achenbach
& Edelbrock pula mengkategorikan tingkahlaku sebagai :
·
Tingkahlaku
‘externalizing’ ditujukan kepada orang lain dan persekitaran bersifat
‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering mengganggu
orang lain. Individu ini sentiasa menonjol dengan permasalahan tingkahlaku
sehingga menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Contoh perlakuan
tidak duduk di tempat duduk sendiri, menjerit, lari mengelilingi bilik darjah,
mengganggu rakan, memukul, berkelahi atau bergaduh, tidak menghiraukan arahan
guru ,mencuri, merosakan harta benda ‘vendalisme’, berbohong dan sering
marah-marah.
·
Tingkahlaku
‘unternalising’ ditujukan kepada diri yang bersifat mengasingkan diri
‘compulsive’, selalu sedih, pemalu, berfokus kepada ketakutan dan fantasi .
Keadaan sebegini mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu namun
tingkahlaku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal.
6.3 Kaedah
Menangani Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku
6.3.1
Peranan sistem kekeluargaan
Secara umum, keluarga boleh dijelaskan dari
segi penstrukturannya yang merentas budaya dan perubahan masa dengan adanya
hubungan darah, kaitan psikologi, tinggal serumah atau berdekatan. Keluarga
juga merupakan asas dalam proses sosialisasi individu. Ibubapa dan adik beradik
merupakan unsure sosialisasi utama. Pengenalan awal sama ada seseorang itu
dikasihi, diterima, berjaya atau sebaliknya terdapat dalam keluarga.
Keluarga adalah institusi pertama dalam
masyarakat dan negara. Di situlah berkembangnya individu serta terbentuknya
tahap-tahap awal pemasyarakatan. Oleh itu ia harus dipelihara dan dijaga
kemurniannya mengikut syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT. Cabaran
keibubapaan ialah untuk membentuk komunikasi yang positif dan berkesan antara
suami isteri dengan anak-anak dan ahli keluarga lain dari awal perkahwinan
sehingga ke akhir hayat malah sehingga dibangkitkan pada kehidupan abadi dan ia
hanya dapat dihadapi jika ibu bapa mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi
yang tulus dan peka.
Penghayatan keluarga adalah pemangkin ke arah
meningkatkan kesedaran supaya kita menjalankan tanggungjawab dan memainkan
peranan sebenar dalam keluarga. Ini bertujuan mengukuhkan institusi
kekeluargaan kerana jika tiada perhatian sewajarnya, ia akan mengakibatkan
wujudnya masalah-masalah sosial yang menghantui masyarakat ketika ini. Justeru
ia perlu dimantapkan dengan penyediaan diri dalam memainkan peranan sebagai
pemimpin rumahtangga, keluarga, bangsa, agama dan negara.
Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang
dialami oleh individu atau tingkahlaku bermasalah dapat dikesan dengan tepat
dalam keluarga berkenaan. Dengan andaian ini juga ahli keluarga bermasalah
boleh dibantu dalam situasi keluarga mereka. Contohnya, sepasang ibu bapa yang
sering berbalah akan meninggalkan kesan emosi dan psikologi dalam perkembangan
jiwa anak mereka. Anak mungkin akan didapati tidak dapat memberikan tumpuan
kepada apa yang sedang dilakukan. Apabila diselidiki, anak mungkin menjawab
bahawa ia takut kerana tumpuan terganggu oleh bunyi bising perbalahan ibu bapa.
Jelas di sini, anak bermasalah kerana masalah yang ditimbulkan oleh ibu bapa.
Menjadi ibu bapa merupakan satu jawatan atau
peranan terpenting dalam struktur keluarga. Jika sesuatu jawatan perlukan surat
perlantikan maka surat lahir anak merupakan surat perlantikan itu. Tugas dan
tanggungjawab menjadi ibu bapa amat berat dan tentunya akan memperolehi
ganjaran. Tidak dalam bentuk kewangan tetapi ganjaran lain seperti sumber
inspirasi, sumber kebanggaan dan sumber peribadi yang sukar dipenuhi oleh
kejayaan lain. Hakikatnya , menjadi ibu bapa hari ini amat mencabar Johan
Jaafar (Mingguan Malaysia,1997) menyatakan bahawa ibu bapa hari ini menghadapi
persekitaran yang berbeza dari zaman mereka membesar di mana tiada internet,
multimedia, permainan komputer dan 32 saluran TV.
6.3.2 Membina Kemahiran
Keibubapaan
Anak-anak yang terlalu
dikongkong tidak dapat mengembangkan potensi diri mereka. Mereka perlu
diberikan pendedahan dan kepercayaan untuk bertindak di bawah pengawasan kita.
Kebengisan dan kekerasan juga merencatkan pengembangan potensi anak-anak. Jiwa
mereka yang tertekan dipenuhi perasaan takut dan kecewa.
Justeru, kelembutan dan
kemesraan adalah pendekatan yang amat penting bagi mendidik anakanak. Mengikut
Imam Tirmidzi, nabi pernah bermain-main dengan cucu-cucu baginda, Hasan dan
Husain, dengan membiarkan mereka menunggang di belakang baginda. Imam Bukhari
meriwayatkan kisah seorang lelaki yang terkejut apabila melihat baginda mencium
cucu baginda. Nabi bersabda kepadanya, “Apa yang dapat aku lakukan jika Allah
telah mencabut perasaan belas kasihan dari hatimu.”
Apabila hubungan suami isteri
serta anak-anak diselimuti kemesraan dan kesejahteraan, anak-anak bermotivasi
tinggi dalam mengejar citacita mereka. Pengarang buku The Unmotivated Child
mengutarakan teori yang dikenali sebagai The Attachment Theory untuk
menjelaskan punca seseorang anak bermotivasi tinggi ataupun sebaliknya. Beliau
berkata,
“Bentuk ikatan, hubungan serta interaksi yang berlaku antara
kanak-kanak Dengan ibu bapa serta orang
lain pada peringkat awal pertumbuhannya menentukan sikapnya semasa menghadapi
dunia dan kehidupan pada masa hadapan. Dalam konteks ini, ikatan yang kukuh lagi
terjamin (secure base) memerlukan dua kriteria. Pertama kanak-kanak perlu
berasa selamat serta sejahtera dan kedua mereka memerlukan sokongan dan
rangsangan bagi menerokai kehidupan. Kanak-kanak yang mendapat kedua-dua ini
membesar dengan penuh keyakinan di samping berkemampuan membantu orang lain.
Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak memperoleh kedua-dua ini membesar dengan
seribu satu prasangka pada orang lain dan akhirnya menjadi kanak-kanak yang
gagal dalam hidup.”
6.3.3 Pendidikan
Anak-anak
Tanggungjawab ibu bapa amat
besar sekali dalam pendidikan anak-anak bermula sejak tahun kelahiran anak
hingga dewasa. Cabaran yang akan ditempuh oleh anak-anak masa sekarang amat
hebat dan mereka tidak akan dapat menghadapinya tanpa bantuan dan bimbingan ibu
bapa melalui pendidikan yang berteraskan kepada Islam. Kaedah pendidikan Islam
perlu diterapkan bagi mencegah mereka melakukan perkara yang salah dan terkutuk
di sisi agama. Ibu bapa perlu memperkenalkan asas-asas keimanan dan membiasakan
diri anak dengan prinsip-prinsip syariat dan asas pengajaran Islam dari segi
akidah dan ibadah. (Abdullah Nasih Ulwan, 2000).
Di samping itu juga,
pemikiran anak-anak perlu dibentuk dengan perkara-perkara
bermanfaat daripada ilmu-ilmu syariat, pengetahuan ilmiah dan
kesedaran pemikiran yang matang kerana kesihatan akal dan pemikiran anak-anak
perlu dijaga dengan menjauhkan mereka daripada anasir yang boleh merosakkan
akal seperti rokok, arak dan dadah, mendapatkan bahan-bahan lucah atau menonton
filem-filem lucah yang boleh mendorong mereka untuk melakukan salah laku.
Anak-anak yang terdidik dengan akhlak Islam tidak akan mudah terpengaruh dengan
unsur-unsur yang bertentangan dengan etika akhlak Islam yang boleh merosakkan
diri dan orang lain.
Rajah 4 : Kanak-kanak diberikan
pendidikan yang sempurna
7.0 Kesimpulan
Noor
Aini dan Nor Siti Rokiah (2010) mendapati guru-guru Pendidikan Khas telah
berusaha untuk mengorganisasi keaksesan murid-murid bermasalah pembelajaran
dalam pendidikan berlandaskan asas kesetaraan dengan orang upaya agar mereka
tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum. Kajian ini mendapati
murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa komunikasi boleh mendapat
manfaat daripada sistem pelajaran yang diikuti jika mereka dapat berinteraksi
menggunakan inventori perkataan berfungsi mengikut persekitaran. Noor Aini dan
Nor Siti Rokiah (2010) mendapati murid-murid bermasalah pembelajaran teruk
dapat belajar kemahiran bahasa dengan lebih baik jika guru Pendidikan Khas
menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan seperti nyanyian dan secara
bermain.
Selain itu, aktiviti sosial yang dapat
membantu murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa komunikasi seperti
memanggil nama kanak-kanak, bermain dengan mereka supaya mereka mampu memesan
makanan, menggunakan tandas dengan betul dan menjalankan simulasi di bilik
darjah. Bagi melaksanakan Program Kemahiran Bahasa, guru perlu diberi latihan
dan panduan berkaitan prosedur penggunaan teknologi atau sekurang-kurangnya
bahan berteknologi rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sumber Rujukan
Abd.
Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala
Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin
& Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala
Lumpur. Quantum Books.
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah,
Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2005). Punca
dan
Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku. Bentong : PTS Publication & Distributors
Sdn.
Bhd.
Drake, C. (1989).The terminology trap. Dlm R. E. Cocen,
& J. C. Needly (pnyt) Learning
disability law. New York: Committee on Juvenile
Justice, Dyslexia and other
Language Disabilities of the Appellate
Division of the Supreme Court of the State
of New York.
Jalongo.
M.R., (1992). Early Childhood Language Arts. Boston: Allyn and Bacon.
Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.
Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2001). Kertas mesyuarat perancangan jangka
panjang dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan
Pendidikan Khas:
Kementerian Pendidikan Malaysia. Julai.
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan pelajaran pendidikan khas
bermasalah pembelajaran sekolah
rendah dan menengah. Kuala Lumpur: t.pt.
Kirk,
Gallgher, & Annastasiow, (1993). Educating Exceptional Children 7th . ed.
Boston:
Houghton Mifflin Company.
Mercer, C. D.(1997). Students with
learning disabilities. U.S.A: Merrille, Prentice Hall.
Messe
.2001.HBS1103 Modul
Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.
Noor
Aini Ahmad dan Nor Siti Rokiah Abdul Razak. (2010). Teaching prereading
skill to
students with severe learning
disabilities in the special education learning
disabilities program.
Dibentang dalam International Journal of Arts and Sciences
Conference.
University of Central Florida.
Nordin Ahmad(2005). “350,000 murid
sekolah rendah alami Disleksia”. Utusan
Malaysia, 17 December. p. 2.
Rosana Awg. Bolhasan. (1998). Disleksia
di kalangan pelajar sekolah rendah di
Kuching,
Sarawak. Dissertasi Sarjana
Sains. Universiti Malaysia Sarawak.
Reed. V.R., (1994). An Introduction to Children with Language Disorders. New York:
Reed. V.R., (1994). An Introduction to Children with Language Disorders. New York:
Macmillan College Publishing Company.
Sheila
Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa
itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Smith, C. R. 1991. Learning
disabilities. The interaction of learner, task, and setting.
U.S.A:
Allyn and Bacon.
Langgan:
Catatan (Atom)