Untukmu sayangku... ku rela korbankan segalanya.. hatta jiwa dan raga sekalipun... kau lah cahaya dalam hidupku.. menyinari dan mewarnai hari-hariku... semoga membesar menjadi insan yang berbakti kepada ibu bapa....
Isnin, 2 April 2012
Aku,kau berbeza...Aku,kau Istimewa
LELAKI,
lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila baligh.
Manakala,gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,isteri,anak perempuan belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN????......
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya ia tidak menjalankan tanggungjawabnya,maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua,manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Istri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik dosa di tanggung oleh suami.
BERATKAN????......
Suami kena bagi nafkah kepada isteri,ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun bagi2 isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih2 lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
WANITA,
Auratnya susah di jaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin suaminya apabila keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang daripada lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isteri.
Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada lelaki.
DIakhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
1.Ibunya
2.Isterinya
3.Anak perempuannya.
4.Saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula tanggung jawap terhadapnya ditanggung oleh 4 org llaki ini :
1.Suami
2.Ayah
3.Anak llaki
4.Saudara llaki
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga dari mana2 pintu yang di sukainya.Cukup dgn 4 syarat sahaja:
1.Solat 5 waktu
2.Puasa di bulan ramadhan
3.Mentaati suami
4.Menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu berjihat fisabillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan turut mnerima pahala seperti pahala orang berperang fisabillah tanpa mengangkat snjata.
Masya-Allah! sayangnya Allah pada wanita...
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa disisi org lelaki,tetapi ingatlah wahai lelaki....kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah,maka dengan sebab itu Dia mengangkat kamu menjadi PEMIMPIN.Dengan keistimewaan itu,JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik - baiknya supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi-Nya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan