Selasa, 3 April 2012

Puding keladi/Yam

Hari ni tak tahu nak buat apa... baby pun asyik tidur je... tiba2 terfikir pula nak buat puding.. at least ada juga benda nak buat.... kalau nak buat kuih yang susah2 tu tak larat rasanya.. coz takut tiba2 baby bangun.. confirm tak jadi nak buat kuih.. hehehe... so buat je lah puding yang simple but sedap di makan....
puding dah siap..... dapat juga dalam 20 cup... wah banyaknya.... tak pe kalau tak habis nanti boleh letak kat fridge... sok2 boleh gak makan...

mula2 nak letak kat dalam acuan yg cantik sikit.. emm.. fikir punya fikir.. letak je lah kat dalam cup.. senang cerita.. hehehe...

Nak buat puding keladi ni x de lah susah sangat.. bahan2 pun simple je.. jom semak bahan2nya:

Bahan diperlukan :
1 bungkus serbuk puding
100 gram gula
3000 ml air
1 tin susu krimer sejat / susu cair/ santan
2 sudu pes keladi/ perisa keladi
sedikit pewarna unggu ( kalau tak letak pun boleh)
sedikit perisa vanila
cup secukupnya

Cara menyediakan:
1. Masukkan air ke dlm periuk bersama susu cair dan gula. masak sehingga menggelegak...
2. Masukkan pes keladi, perisa vanila dan pewarna unggu
3. Masak selama 3 minit. sudah mendidih, matikan api/ perlahankan api. selepas itu masukkan serbuk puding. masak selama 5 minit.
4. Akhir sekali masuk kan  puding yang sudah masak ke dalam cup/ acuan yang di sukai.

p/s: puding ni sedap di makan sejuk2.. so simpan dlm peti sejuk selam 1 jam baru sedia untuk dimakan.
letak sedikit cucu cair semasa makan untuk memberikan rasa yang enak dan lazat....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan