Ahad, 1 April 2012

Kata Tugas.... jom belajar


saya suka buat belajar... ehehehe.... buat rujukan semua...


KENALI KATA TUGAS
● Semua golongan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
● Perkataan yang hadir dalam binaan frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis. 

JENIS KATA TUGAS
• Terdiri daripada tiga jenis utama :
a) Kata penyambung ayat 
b) Kata praklausa 
c) Kata prafrasa 

Kata Penyambung Ayat
• Terbahagi kepada 2 jenis :
a Kata Hubung Gabungan 
- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, serta.
Contoh:
 Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok 
 Kakak memandu kereta sambil mendengar radio

Kata Hubung Pancangan
• Terbahagi kepada tiga ;
(i) Kata hubung pancangan relatif – Terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Contoh;
aKakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
(ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen;
aTerdiri daripada perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’, 
aMenghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama. 
Contoh;
†Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
†Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya. 

(iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan 
 Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.a
 Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkalaa 
Contoh; 
 Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
 Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya 

Kata Praklausa
 Perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa 

Kata Seru
 Melahirkan berbagai-bagai perasaan.
 Menggunakan penanda seru pada akhir ayat.
 Wah, cantiknya rumah itu! (Betul)
 Wah! Cantiknya rumah itu. (Salah)

Kata Perintah
 Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan,larangan,suruhan atau permintaan.

Kata Pangkal Ayat
 Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya adalah pada bahagian hadapan ayat. Kata ini banyak terdapat dalam teks klasik.
Adapun Sebermula Syahadan 
Alkisah Maka Hatta 

Kata Prafrausa
 Perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
 Terbahagi kepada beberapa jenis 

Kata Bantu
Kata bantu aspek 
- Suasana perbezaan masa.
- Pernah,sudah,telah,belum,sedang,masih 
Contoh : Dia masih belajar.

Kata bantu ragam 
- Menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan.
- Harus, mahu, hendak, mesti, boleh, dapat.
Contoh : Rina hendak berhijrah ke Kuala Lumpur

Kata Penguat
 Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
 Kata penguat hadapan – kedudukannya adalah di hadapan kata adjektif.
- Paling, terlalu, agak.
- Contoh : Maimunah adalah gadis paling comel di institut itu.
• Kata penguat belakang – Di belakang kata adjektif.
- Sekali, benar, dan nian 
- Contoh : Indah nian 

Kata penguat bebas – Sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif.
- Sungguh, amat, sangat 
- Contoh : Dia sangat gembira / Dia gembira sungguh.
Kata Penegas
 Juga disebut sebagai partikel iaitu perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
 Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
- Contoh : Faiza memakai baju berwarna merah 
] Siapakah yang memakai baju merah itu? 
 Juga disebut sebagai partikel iaitu perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
 Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
- Contoh : Faiza memakai baju berwarna merah 
] Siapakah yang memakai baju merah itu? 
Kata Nafi
 Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara.
 Tidak dan bukan 
 Contoh :
- Baju ini bukan untuk Suzi tetapi untuk adik saya.
- Sungai itu tidak dalam sangat.
Kata Pemeri
 Perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat.
 Contoh : 
- Dia ialah sasterawan negara.
- Buku itu adalah kepunyaan adik.
Kata Arah
 Menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara. 
 Digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya disertai oleh kata sendi nama.
- Contoh : Bola itu di bawah meja
Kata Bilangan
 Jumlah atau bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Kata ini terbahagi kepada lima :
- Bilangan tentu : satu, dua, tiga, empat 
- Bilangan tak tentu : beberapa, seluruh 
- Bilangan himpunan : bertin-tin, berhari-hari 
- Bilangan pisahan : masing-masing, tiap-tiap 
- Bilangan pecahan : separuh, setengah









Kata adjektif
Adjektif , juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lamasungguh, masih lebat lagi. Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali
 Jenis - jenis kata adjektif
Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:
1. sifat - menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
2. warna
contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
3. ukuran
contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar
4. bentuk
contoh: bujur, lurus
5. waktu
contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
6. jarak
contoh: dekat, hampir, jauh
7. cara
contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram
8. pancaindera
rasa:
contoh: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
dengar: bising, sunyi, senyap
bau : busuk, wangi, hangit, hapak
sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin
9. perasaan
contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Darjah Perbandingan Kata Adjektif
Darjah perbandingan atau tahap adjektif ada tiga :
1.Darjah biasa - dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh:
·         Baju dia cantik.
·         Buah betik itu manis.
2.Darjah perbandingan : - merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh:
·         Tenaganya sekuat Badang.
·         Buah jambu itu semanis gula.
3. Darjah penghabisan : - menerangkan adjektif paling atau penghabisan.
Contoh:
·         Gunung Kinabalu ialah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
·         Menara KLCC bangunan yang ter tinggi di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan